Gambar Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelancong
Published on Tuesday, 16 August 2011 Leave your thoughts »
14 Ogos, Tekek: Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pelancong serta penyerahan sumbangan kepada semua masjid di Pulau Tioman yang bertujuan mengeratkan perhubungan penduduk dan pelancong serta memakmurkan masjid-masjid di Pulau Tioman sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Pendudu Kg Tekek Menunggu Untuk Berbuka Puasa
Datuk Mohd Johari Hussain Meyerahkan Sumbangan Kepada
Semua Masjid Di Pulau Tioman
Para Pelancong Sempat Ditemuramah Oleh Media
Sumber Oleh:Dun Tioman
This post is archived under Masyarakat Tioman
Mari Kita Sama-Sama Kibarkan Jalur Gemilang
Published on Monday, 15 August 2011 Leave your thoughts »
Dalam bulan kemerdekaan ini.Marilah Kita kibarkan jalur gemilang di tempat terbuka seperti rumah kediaman,restoran,chalet dan resort.Walaupun kita kesibukan di bulan ramadhan yang mulia ini dan persiapan hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi, kita jangan lupa dengan hari kemerdekaan yang sudah lama kita bebas sampai hari ini.
Marilah kita kibarkan jalur gemilang dibulan kemerdekaan ini.Dan marilah Kita mempertahankan negara kita yang aman ini,supaya tidak lagi dijajah oleh pihak orang luar
This post is archived under Merdeka
Adun Kita Beri Bubur Kacang
TEKEK 13 Ogos-Adun Pulau Tioman Datuk Mohd Johari Hussain sempat turun padang bersama penduduk kampung tetek pulau tioman untuk beramah mesra penduduk kg dan pelancong.Pada Petangnya Pula Yb Kita mengagihkan bubur kacang kepada penduduk pulau tioman .
Menjelang malam pula .Yb Kita Mengadakan majlis berbuka puasa Bersama pemimpin masyarakat dan pelancong Pulau Tioman.
YB ADUN Tioman menonton gelagat para pelancong dari UK yang tidak melepaskan kesempatan untuk mengacau bubur kacang di Kg Tekek sempena Majlis Pengagihan Bubur Kacang anjuran pejabat ADUN Tioman dan penduduk Kg Tekek.
YB ADUN Tioman mengagihkan bubur kacang kepada penduduk Kg Tekek
Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat bersama Pelancong
Sumber Gambar Oleh:Dun Tioman Facebook
This post is archived under Masyarakat Tioman